Monday, October 19, 2009

Pergi ke Blackpool

Rasanya dah lama Paksu tak tulis kat blog ni. Biasanya Kak cik yang tulis.
Kali ni Paksu nak update pasal trip ke Blackpool. Pergi Blackpool ni dah lama dah tapi tak update jer.

Blackpool ni bandar kat tepi laut and tarikan utama dia ialah kawasan hiburan di tepi pantai yang ala-ala Danga Bay kat JB. Kat situ ada aquarium, taman tema, banyak arcade dan tram yang lalu sepanjang pantai. Tapi pada masa kami sampai kat blackpool tu, kawasan tepi pantai tu tak banyak aktiviti sangat. Mungkin kami sampai pagi sangat atau pun diaorang bukak waktu malam jer. Satu benda yang kecewa ialah tarikan dan kawasan tu tak nampak menarik seperti yang digambarkan dalam internet. Pertama sekali ada construction di sepanjang pantai dan kedua tempat-tempat tarikan tak menonjol. Contohnya aquarium yang pada masa tu bangunan dia macam pangung wayang yang dah tutup kat segamat. Jakel nampak lagi hapenning.

Selepas berjalan di sepanjang pantai dan tak melakukan sebarang activiti, Paksu and Kakcik pergi ke Stanley Park. Taman ni jauh sikit dari town tapi paksu and kakcik jalan jer ke sana. Kat sana paksu mengambil gambar, kakcik bergambar dan kiteorang makan lunch.









Lepas berjalan-jalan kat Stanley Park, kami pergi ke Model Village and Gardens. Kat sini ada banyak model-model rumah kecil yang menggambarkan bangunan-bangunan menarik di UK dan suasana kampung. Paksu ambil banyak gambar kat sini dan berasa puas hati dengan apa yang diorang ada.











Lepas tu ingat nak pergi zoo, tapi tak jadi sebab zoo berada jauh sikit dari jalan utama. Finally kami balik ke lancater pada waktu petang sebab dah mula hujan.

No comments:

Post a Comment