Thursday, May 7, 2009

Conwy & Llandudno

Lama rasanya Paksu & Kakcik tak update blog ni...ni la laporan aktiviti lama & terbaru Paksu & Kakcik...

Pertamanya, pada 21 Mac 2009 lepas, kami pegi Conwy dan Llandudno.. Kami pegi mengikut rombongan yang dianjurkan Graduate Student Association. Sebanyak 2 buah bas pergi ke sana..kami berkumpul di Pendell Avenue around pukul 8.45...ramai juga warga Malaysia join sekali.. Kami masak mihun goreng sebagai bekal hari tu.. :D

Perjalanan dari Lancaster ke Conwy mengambil masa 3 jam.

Tarikan utama di Conwy ialah Conwy Castle. Istana ni dibina atas arahan Edward I, diantara tahun 1283 dan 1289. Maklumat lanjut boleh didapati di wiki atau http://www.conwy.com/. Tapi kami tak masuk ke castle tu, kami lebih meluangkan masa melawat sekitar bandar Conwy.

Gambar di Conwy di sini.

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Llandudno. Perjalanan dari Conwy mengambil masa hampir setengah jam. Tarikan utama di sini ialah pantai nya..memang cantik.. Sayang nya masih musim sejuk, so tak nampak sape2 yang cuba nak mandi laut.. Lihat sini untuk maklumat Llandudno.

Gambar di Llandudno di sini.

No comments:

Post a Comment