Sebelum Paksu dan Kakcik pergi Cambridge, kiteorang pergi jalan2 sekitar bandar lancaster dan amik gambar. Dekat lancaster ni memang banyak tempat yang boleh di nobat sebagai tempat bersejarah.
Tempat yang biasa kiteorang pergi ialah Market Street sebab kat sinilah daripada beratus-ratus tahun dahulu tempat pasar tani. Dan market street ni tak pernah berubah dari dahulu lagi. Nama kedai jer berubah tapi bangunan dia sama jer. Kiteorang tahu pasal benda ni masa lawat muzeum lancaster. Dia ada gambar lama market street and kiteorang tengok sama je bentuk dia.
Kat market street pun ada library yang menjadi tempat kegemaran paksu dan kakcik. Kakcik dah ada membership pada library ni and dah pinjam beberapa buah buku.
Lepas jalan-jalan kat market street kiteorang gi lancaster castle. Lancaster castle megah lagi bangunan dia tak macam kat York dulu. York castle tinggal pintu gerbang dan pagar batu jer. Kalau ikut sejarah castle kat york ni bukan istana jer malah pernah jadi penjara kepada penjenayah berat.
Kat sebelah castle ada gereja tapi paksu tak ingat nama gereja tu. Kat gereja tu ada banyak batu nisan. Ada satu bahagian tu ingatkan tangga tapi rupanya batu nisan orang jer.
Kalau nak tengok gambar yang lancaster sila visit picasa:http://picasaweb.google.com/lukmanabrahim/ADayInLancaster
No comments:
Post a Comment